Pembelajaran Interaktif menggunakan Peta Minda Atas Talian

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September yang lepas, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Pembelajaran Interaktif menggunakan Peta Minda Atas Talian. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta Tingkatan 4 SMK Kabong. Objektif utama kelas ini adalah untuk membimbing peserta menggunakan peta minda untuk proses pembelajaran yang lebih berkesan. Petugas membimbing peserta untuk membuat peta minda yang menarik dan dapat digunakan untuk meningkatkan lagi minat kepada pembelajaran. Peta minda juga turut membantu peserta untuk lebih mudah memahami dan menghafal sesuatu topik. Bagi kelas ini, para peserta diajar untuk menggunakan peta minda atas talian sambil membantu mereka dengan latihan menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali